Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun
begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan
di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke
dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya
pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
Oleh kerana itu, ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;
Oleh kerana itu, ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;
Janganlah Mencela Hujan
------------------------------------
Sungguh sangat disayangkan
sekali, setiap orang sudah mengetahui bahawa hujan merupakan kenikmatan dari
Allah SWT. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktiviti, timbullah kata-kata
celaan dari seorang muslim seperti ‘Aduh!! hujan lagi, hujan lagi ‘.
Sungguh, kata-kata seperti
ini tidak ada manfaatnya sama sekali dan tentu saja akan masuk dalam catatan
amal yang buruk kerana Allah berfirman:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿١٨﴾
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf [50]:
18)
Bahkan kata-kata seperti ini
boleh termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak
dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti
Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur
masa, Aku-lah yang menetapkan malam dan siang menjadi silih berganti.’“ (HR.
Bukhari dan Muslim). .
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR.
Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shohih)
Dari dalil di atas terlihat
bahawa mencaci maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang tidak dapat
berbuat apa-apa, termasuk juga hujan adalah dilarang. Larangan ini boleh
termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika
diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi.
Meyakini demikian bererti meyakini bahawa makhluk tersebut yang menjadikan baik
dan buruk dan ini sama sahaja dengan menyatakan ada pencipta selain Allah SWT.
Namun, jika diyakini yang mentakdirkan adalah Allah SWT sedangkan makhluk-makhluk
tersebut bukan pelaku dan hanya sebagai sebab saja, maka seperti ini hukumnya
haram, tidak sampai tahap syirik. Dan apabila yang dimaksudkan cuma sekadar
pemberitaan, seperti mengatakan, “Hari ini hujan lebat, sehingga kita tidak
boleh berangkat ke masjid untuk solat”, tanpa ada tujuan mencela sama sekali
maka seperti ini tidaklah mengapa. (Mutiara Faedah Kitab Tauhid, 227-231)
Semoga Allah SWT menjaga dan
melindungi kita dari sikap banyak mengeluh dan mencela. Mudah-mudahan kita
sentiasa banyak bersyukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat hujan ini dan memberi
keinsafan serta kesempatan menggali ilmu yang bermanfaat darinya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar